Kanak-Kanak Diculik 3 Jam Ketika Ayah Solat Maghrib Sebelum Berjaya Ditemui!
TUMPAT - Seorang budak lelaki berusia 9 tahun diculik selama tiga jam
apabila dilarikan seorang lelaki ketika keluarganya singgah solat
Maghrib di Masjid Mukim Kutan, malam semalam.
Bagaimanapun, budak lelaki tersebut berjaya ditemui semula selepas
jemaah masjid menangkap seorang lelaki kira-kira jam 10.30 malam.
Menurut Imam Muda Masjid Mukim Kutan, Muhammad Idris, budak lelaki itu
singgah bersama ayahnya serta adiknya berusia 3 tahun untuk solat
Maghrib di masjid ini.
"Keluarga itu dikatakan dari Rantau Panjang mahu ke lapangan terbang, Kota Bharu untuk mengambil anaknya.
"Singgah di masjid ini kira-kira jam 7.45 malam untuk menunaikan solat Maghrib," katanya.

Menurutnya, selesai solat Maghrib, ayah budak itu mendapati anaknya tiada.
"Ketika solat Maghrib itu, ayah budak itu solat di hadapan, manakala budak berusia 9 tahun ditemani adiknya solat di belakang," katanya.
Muhammad berkata, selepas usaha mencari di sekitar masjid gagal, dia mengadakan solat hajat selepas selesai solat Isyak.
Katanya, usaha mencari diteruskan sehingga 100 meter dari kawasan masjid
sebelum terjumpa seorang lelaki yang menyembunyikan budak itu di
belakang sebuah tadika.
"Jemaah terus menghubungi pihak polis untuk menyerahkan lelaki itu," katanya.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian tersebut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 342/323 Kanun Keseksaan kerana m
Post a Comment