Kecoh Mee Segera Ramyeon-Samyang Didakwa Tidak Halal, Pihak JAKIM Keluarkan Kenyataan Terbaru!
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,(JAKIM) dalam kenyataan terbaru mereka
telah menegaskan produk Mee Segera Ramyeon-Samyang yang hangat
diperkatakan di media sosial kini adalah halal.
Menurut mereka, ketika ini status halal produk ini telah kembali
menerjah facebook pihak Jakim selepas beberapa individu memuatnaik
kembali yang mendakwa mee segera berkenaan haram.
"Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim."
"Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh mereka beberapa bulan yang lalu, didapati bahawa produk mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini," jelas mereka.
Menurut Jakim lagi, pihak KMF mendakwa syarikat berkenaan yang
menghasilkan mee segera ini patuh dan komited terhadap piawaian prosedur
yang telah ditetapkan, malah pemantauan secara berkala turut
dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal
oleh KMF.
"Selain itu, kenyataan ini diperkukuhkan lagi turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana TIADA DNA BABI dikesan pada produk tersebut," tegas pihak Jakim lagi.
Sehubungan itu, mereka meminta supaya orang ramai berhenti menyebarkan
maklumat palsu berkenaan di mana mereka boleh menyemak senarai badan
pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang
www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim atau
hubungi 03-8892 5000/1.
Post a Comment