5 Makanan Ini Akan Buat Anda Makin Lapar



Ketika lapar kita akan mencari makanan mengisi perut. Tapi faktanya, ada makanan yang jika dimakan hanya akan membuat kita menjadi tambah lapar.

Berikut adalah lima makanan tersebut, sila elakkan jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan.

1. Makanan Masin

Salty Snacks (1)

Kerepek antara jajan masin yang kita cari terutama bila lapar petang hari. Tapi sebenarnya makanan masin termasuk kuih muih akan membuatkan kita ketagih untuk makan lebih banyak tapi tak juga kenyang.

Selain itu garam juga akan menyebabkan kita berasa haus dan mula minum minuman manis atau soda yang tidak baik untuk kesihatan.

2. Makanan Dengan Pemanis Buatan

Artificial-Sweeteners

Makanan manis sama ada dari gula atau pemanis buatan akan meningkatkan nafsu makan dan pada masa yang sama tidak menghilangkan rasa lapar.

Perasan atau tidak, kita tak rasa puas bila makan makanan manis ini.

3. Roti Putih Dan Pasta

pasta-007

Roti putih dan pasta mempunyai indeks glikemik tinggi. Ia bermakna makanan ini cepat dicerna dan diubah menjadi gula, menyebabkan tubuh melepaskan insulin. Peningkatan insulin berhubungan kait dengan peningkatan rasa lapar.

4. Monosodium Glutamat (MSG)

msg-300x225

Bahan penambah rasa atau disebut MSG  ini selalu digunakan dalam penyediaan makanan hari ini. Pengambilan makanan ini ada kaitan dengan risiko penambahan berat badan. Mengapa? Ada kajian yang  dipaparkan dalam The European Journal of Clinical Nutrition, berpendapat bahawa MSG sebenarnya merosak regulasi nafsu makan.

5. Makanan Segera

image001

Burger, piza, serta makanan segera lain mengandungi indeks glikemik tinggi yang menyebabkan gula darah naik. Inilah yang membuatkan kita ingin makan lebih kerap terutama makanan manis dan lemak yang tinggi.

Lima jenis makanan di atas sebenarnya sentiasa kita ambil sehari-hari. Jadi mungkin juga itu faktor diet anda tidak menjadi.

The post 5 Makanan Ini Akan Buat Anda Makin Lapar appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

No comments

Powered by Blogger.