"DAH TAHU ANAK KECIL TAKYAH BAWA DATANG MASJID, BISING !"


Ruang belakang masjid bising, kedengaran suara pakcik yang sedikit tegang memarahi seorang bapa kepada dua orang anak kecil. Anaknya dalam lingkungan 4 dan 6 tahun, perempuan.

"Dah tahu anak kecil, tak payahlah bawa datang masjid. Bising, tak pandai nak hormat masjid. Dari tadi lagi aku perhati. Jangan buat masjid macam rumah sendiri," katanya.

Si bapa kelihatan tertunduk-tunduk sambil meminta maaf, lalu laju keluar dari bahagian utama masjid.
Imam yang tadinya sedang membaca al-quran sementara menunggu waktu solat masuk, terpanggil untuk pergi mendekati bapa itu. Berlari sikit dia mengejar si bapa yang sedang terkocoh-kocoh memakai selipar kepada anak-anaknya itu.

Imam memberikan salam dan mengajak si bapa duduk sebentar di kerusi luar bahagian utama solat, lalu bertanya kenapa. Tidak semena-mena si bapa menangis terduduk di situ. Jelas kelihatan air mata pada wajahnya. Esakkannya tidak gagal memenuhi ruang itu. Tidak dipedulikan renungan orang yang lalu lalang. Seperti sudah lama tangisan itu ditahan dan hari ini ia dilepaskan semahu mungkin.

"Saya tak tahu nak buat apa lagi pakcik, saya baru kehilangan isteri empat bulan lepas. Saya rindukan dia. Saya baru diberhentikan kerja kerana selalu mengambil cuti. Anak saya yang bongsu ini sering sakit-sakit selepas ibunya tiada. Masa depan saya kabur, saya tidak boleh nak menghantar mereka ke pengasuh.

"Selepas isteri saya pergi, saya macam sudah kehilangan semuanya. Sekarang saya nak solat pun orang tak bagi. Ujian apa ini pakcik?" katanya sambil menangis.

Dipendekkan cerita, imam menenangkan si bapa tadi lalu mengajaknya masuk semula ke dalam masjid. Like literally, kalau imam itu tidak bertindak segera, mungkin ada seorang lagi manusia yang akan berputus asa pada agamaNya.

Be kind, be tolerate. Kalau tidak mampu nak dekatkan orang pada agama, jangan jauhkan mereka dari agama. - Humaira Saidi

No comments

Powered by Blogger.