Spam Facebook, Lelaki Ini Dipenjarakan Dua Tahun Setengah


 


sanford640-1

Seorang lelaki telah dihukum penjara kerana terlalu banyak spam di Facebook.
Sanford Wallace, 47, telah dihukum penjara 30 bulan kerana menghantar mesej yang tak sepatutnya kepada pengguna Facebook. Wallace telah menghantar sebanyak 27 juta mesej dalam tempoh tiga bulan. Dia juga telah mengakses lebih dari 500,000 akaun Facebook dengan menggunakan tipu muslihat untuk mendapat password mereka.

Selepas menjalani hukuman 30 bulan di penjara, dia perlu menjalani lima tahun percubaan dan rawatan kesihatan mental. Hakim juga mengharamkan beliau daripada menggunakan atau memiliki komputer.

Sumber: Nextshark

No comments

Powered by Blogger.