Viral Gambar Cebisan Ayat Al-Quran Bertaburan, Saksi BONGKAR Kejadian Sebenar!





Baru-baru ini di Yong peng Segamat telah berlaku 1 kejadian yang tak disangka-sangka, cebisan ayat suci Al-Quran kelihatan berterbangan dan bertaburan di jalan raya. Persoalannya siapakah dalang disebalik kejadian ini? Siapa yang tergamak mengoyakkan Al-quran?
Guru-guru dan pelajar sekolah kebangsaan Labis serta orang ramai sedaya upaya mengutip cebisan Al-Quran yang bertaburan. Antara saksi kejadian Wahir Md Elah melihat cebisan itu kira-kira 12 tengah hari apabila pulang ke tempat kerja selepas pergi ke sekolah anaknya.
"Saya terkejut melihat banyak cebisan kertas bertaburan di atas jalan raya dan apabila diperiksa ia adalah cebisan al- Quran.
"Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci itu sebelum dibantu orang ramai yang juga pengguna jalan berkenaan," katanya.

Mengikut dari percakapan kakitangan maybank ada saksi yang nampak sebuah kereta myvi berwarna putih melemparkan cebisan ini dari keretanya.

Kepada orang ramai mohon bertenang, harap jangan buat sebarang spekulasi, kita serahkan kepada polis untuk siasat kejadian ini.

No comments

Powered by Blogger.