Awie Sudah Bertunang Dengan Wanita Bernama Syarifah Ladyana?
Sudah bercerai dengan bekas isterinya Rozana Misbun, penyanyi rock
terkenal Awie pernah memberitahu bahawa beliau tidak serik dan bersedia
untuk berkahwin lagi.
Sekitar hujung minggu lepas, ada khabar angin mengatakan bahawa Awie sudah bertunang dengan seorang wanita bernama Syarifah Ladyana selepas beberapa foto Ladyana diapit oleh dua orang anak perempuan Awie iaitu Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam satu majlis seakan majlis pertunangan.
Majlis itu turut dihadiri oleh keluarga Awie dan Ladyana termasuk anggota kumpulan Wings.
Untuk pengetahuan anda, Ladyana merupakan kakitangan syarikat
penerbangan dibahagian jualan tiket. Ada yang memberitahu bahawa Awie
memilih Ladyana kerana sifatnya yang penyayang dan pandai mengambil
hati anak-anaknya.
Mereka dikhabarkan bakal berkahwin pada hujung tahun ini. Walaubagaimanapun, Awie sehingga kini masih berdiam diri mengenai berita ini dan usaha pihak media yang menghubungi Awie untuk mendapatkan pengesahan daripada beliau juga gagal.
Sumber Berita : Berita Harian
Post a Comment