MISTERI! Wajah Sebenar Bekas Isteri Allahyarham P.Ramlee Kerabat Diraja Perak Yang Ramai Tidak Tahu





Terpksa di censored untuk aurat orang yang dah meninggal.
Apa yang anda tidak tahu tentang isteri P.Ramlee?
1. Bekas isteri kedua P.Ramlee iaitu Norizan merupakan seorang yang tegas dan berdisplin. Maklumlah merupakan orang istana (kerabat di raja) -bekas permaisuri negeri Perak. Jika anda hendak tengok Norizan, dialah yang berlakon sebagai permaisuri Pasir Berdengong dalam cerita Pendekar Do Re Mi (1973). Dimana P.Ramlee menawarkan watak itu kepada Norizan selepas berbelas tahun mereka berpisah (bercerai).
Selepas Norizan bercerai dengan P.Ramlee, Norizan bukan saja kehilangan P.Ramlee malah hilang jawatan permaisuri perak yang pernah disandangnya dulu. P.Ramlee pernah berkata kepada norizan yang "satu hari nanti, aku akan sembah kau semula", seolah-olah Norizan akan berkahwin dengan kerabat diraja semula. Rupa-rupanya memang P.Ramlee sembah Norizan semula, tapi dalam filem laksamana Do Re Mi. Norizan berlakon sebagai permaisuri negeri Pasir Berdengong.
Arwah seniwati Norizan ini berkahwin dengan P.Ramlee. Beliau ialah isteri kepada Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke 32 ,Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah dan beliau telah diceraikan oleh Tuanku Sultan Yusuf dan selepas itu beliau berkahwin dengan P.Ramlee
Assalamualaikum. WARISAN PERMAISURI MELAYU kali ini akan membawakan kisah seorang Permaisuri Sultan Perak yang sanggup meninggalkan istana demi mengejar cintanya kepada seorang Seniman Agung. Itulah kisah Almarhum Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Sir Yusuf Izzuddin, Yang Teramat Mulia Permaisuri Norizan Binti Muhammad Noor dan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee. 
Norizan Muhammad Noor.
Seniwati Norizan Binti Muhammad Noor dilahirkan di Perak pada tahun 1927. Beliau berkahwin dengan Sultan Perak ke 32, Sultan Sir Yusuf Izzuddin Shah pada tahun 1954 pada usia 27 tahun. Pada tahun 1955, beliau diberikan gelaran Yang Teramat Mulia Permaisuri oleh suami beliau. Pada tahun 1955, Seniman P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh membuat persembahan di Perak atas titah Almarhum Tuanku. 
Namun, Almarhum Tuanku ada berpesan kepada Permaisuri Norizan supaya jangan memandang kepada mata P.Ramlee. Titah Tuanku, jika terpandang sahaja mata P Ramlee, seseorang wanita itu boleh jatuh cinta kepadanya. Permaisuri Norizan telah terkena panahan mata P.Ramlee lalu jatuh cinta kepada Seniman muda itu. Perhubungan cinta antara Permaisuri Norizan dan P.Ramlee dipisahkan oleh tembok istana. Mereka hanya berhubung melalui telefon. Hubungan ini hanya diketahui oleh Almarhum Tuanku apabila bil telefon istana melambung tinggi. 
Seniman P.Ramlee dan Seniwati Norizan.
Almarhum Sultan Yusuf menceraikan Permaisuri Norizan. Norizan keluar dari istana untuk hidup bersama P.Ramlee. Pasangan ini berkahwin pada 6 Februari 1955. Ketika itu P.Ramlee berusia 26 tahun manakala Norizan berusia 28 tahun. Rumah tangga mereka berdua bahagia pada awal perkahwinan. Namun, Norizan terasa disisihkan apabila P.Ramlee mula melonjak naik dalam kariernya. Norizan merasa terpinggir dan dalam masa yang sama muncul seorang biduanita muda yang bernama Saloma dalam kamus hidup P.Ramlee. Perkahwinan mereka hanya bertahan 6 tahun sahaja. Pasangan ini bercerai pada tahun 1961.

Almarhum Sultan Yusuf mangkat pada tahun 1963 di Istana Iskandariah. Sebentuk cincin biru yang kini masih tersimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Almarhum Sultan Yusuf kepada Norizan. Seniman Agung P.Ramlee meninggal dunia pada tahun 1973. Manakala Norizan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 1992 pada usia 65 tahun. 
Seniman Agung P.Ramlee telah menghasilkan sebuah lagu khas untuk Norizan sewaktu mereka masih bersama. Lagu Tidurlah Wahai Permaisuri merupakan hadiah buat Seniwati Norizan. Seniwari Norizan juga pernah berlakon sebagai Permaisuri di dalam filem Laksamana Do Re Mi pada tahun 1973 di bawah arahan bekas suaminya P.Ramlee.
TIDURLAH WAHAI PERMAISURI
Hasil nukilan Tan Sri P.Ramlee buat Norizan.
Tidurlah
Tidurlah wahai permaisuri
Tidurlah hai permaisuri
Tidurlah 
Pejam mata
Tidur nyawa
Kudendangkan
Kunyanyikan
Wahai puteri jelita

Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Hai dewi suci
Kaulah kekasih hati
Bersumpahlah kamu
Bahawa kau kekasiku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah permaisuri tidurlah

No comments

Powered by Blogger.