‘Tak Pernah Terbayang Puasa Tanpa Mak’- Luahan Rindu Anak Kepada Ibunya Yang Dah Tiada


ibu

Kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam hidup kita amat lah memeritkan. Lagi-lagi pada siapa yang kehilangan ibu bapa, tiap kali tibanya bulan bermakna seperti bulan Ramadhan pasti membuatkan kita akan ingat pada seseorang yang sudah tiada. Walaupun orang tu sudah lama meninggalkan kita.

Ini berlaku pada seorang gadis ini apabila pertama kali berpuasa tanpa ibu kesayangannya. Kasihannya.. Pasti waktu ini dia pasti mengenangkan kembali saat bersama dan aktiviti yang dilakukan bersama ibunya ketika bulan Ramadhan seperti masak, menyediakan makanan dan melakukan solat terawikh bersama-sama. Baca luahan rindu gadis ini pada ibunya.

Screen Shot 2016-06-07 at 2.14.39 PM

Tahun pertama berpuasa tanpa Mak..yang mana sentiasa prepare Nak sahur Apa, Nak berbuka Apa..2 minggu sebelum puasa biasanya Mak dah start belek2 buku masak tengok menu2 yang favorite Untuk Cari idea time Bulan puasa..tapi tahun ni semua Tu Kena Buat sendiri sesama Adik beradik..

Tak pernah terbayang berpuasa tanpa seorang yang bernama Mak..tak pernah terbayang rasa orang yang berpuasa tanpa Mak..dulu mulut hanya ucap kesian pada orang yang tiada Mak..tapi tak pernah terfikir Apa rasa mereka..tapi tahun ni, sendiri yang rasa..yaa rasa yang tak dapat diungkap..sayunya apatah lagi..

Screen Shot 2016-06-07 at 2.18.36 PM

Riuhnya seorang Mak time sahur Sudah tidak kedengaran..excitednya seorang mak memasak macam2 Juadah berbuka Sudah tak kelihatan..kegembiraan dapat Pergi tarawikh hari2 tak dapat dikongsi lagi dengan anak2 yang kadangnya liat ke tarawikh dek kerana kekenyangan berbuka..kerap kali di Ajak berbuka diluar pasti di tolak sebab katanya takut tarawikh ni tarawikh terakhirnya..setiap tahun Ramadhan, itulah diunggkapnya tika tarawikh..sayangya pada tarawikh begitu tinggi sehingga sayang nak tinggal..tapi ternyata tahun lepas adalah tarawikh terakhir Mak..

Screen Shot 2016-06-07 at 1.43.34 PM

Mak..

Doa Kami sentiasa bersama Mak..kerinduan Kami sentiasa diiringi doa Buat mu Mak..Memori indah bersama Mak tika Ramadhan yang lepas2 sentiasa dalam ingatan Kami..takkan pernah lenyap memori indah itu Bila datangya Ramadhan kali dan seterusnya tanpa Mak..
Al- Fatihah Buat mu Mak..
12.04.2016

Selamat menjalani ibadah puasa pada semua kawan2 dan kenalan yang berada bersama family mahupun di perantauan..tingkatkan amalan di Bulan yang Mulia ini..semoga amalan kita diterimaNya dan diberkatiNya sentiasa..Maafkan jika Ada salah silap terhadap kalian..dan diri ini sentiasa memaafkan kalian..jangan tinggal puasa nahhh..Sapa dapat puasa penuh dapat makan free Kat Rumah raya nanti ???
Jangan lupa pi tarawikh nah ?
Sumber: Instagram the.mieux

No comments

Powered by Blogger.