Kenapa Ibu Bapa Selalu Menangkan Abang Atau Kakak Bila Bergaduh? Ternyata Inilah Sebabnya!!!
Mesti kita sendiri pernah lalui dahulu di mana ibu bapa kita lebih
memenangkan abang atau kakak kita bila bergaduh sehingga membuatkan kita
rasa seperti tidak disayangi. Rupa-rupanya semua itu ada sebabnya ibu
dan bapa kita memenangkan abang atau kakak kita.
Ustaz Khailil Razak
melalui satu perkongsiannya telah menyebut tentang perkara ini di mana
menceritakan sedikit pengalamanya di mana maknya waktu dahulu akan
memenangkan abangnya dan dia akan dirotan jika bergaduh.
Kenapa begitu? jom kita baca pencerahan ustaz.
Dulu Masa kecik saya selalu bergaduh ngan abg saya no dua.. Macam
anjing dengan kucing.. Ibaratnyee.. Hehe.. Tapi mak saya selalu
menangkan abg saya.. Mak selalu marah saya rotan saya.. Pernah sekali
saya pernah mencarut.. Kuar perkataan bukan2.. Semoga Allah maafkan
saya..Abg2 pun apa lagi tangkap saya dan mak amek cili dan cilikan mulut
saya.. Perghhh rasa 2 inci laa tebal mulut ni.. Padahal tu salah abg
saya.. Bukan salah sy.. Saya rasalah.. Haha..
Satu hari saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada satu orang ustaz ni.. Ustaz tu kata
"Kalau anak kita bergaduh yg kecik dan besar.. Jangan marah yg
besar.. Sebab dia dah besar.. Malu dia depan adik dia dia kena marah..
Tapi marah yg adik.. Nanti abg dia tengok adik dia kena marah si abg
akan rasa kesian pada adiknya.."
Saya terus terfikir.. MasyaAllah mak saya tak pernah pun pergi
ceramah parenting saya rasa.. Atok2 nenek kita tak pernah pun pergi
kursus sebagainya.. Tapi rupanya mereka ni orang tua2 masyaAllah cara
mereka mendidik menyebabkan kita hari ni jadi "manusia"..

Sedih lihat hari ni.. Kadang2 pergi shopping dengan wife tertengok
gelagat mak ayah.. Marah anak depan orang ramai.. Cubit lempang depan
orang dan depan anak2 yg lain.. Saya baru faham sebenarnya setiap anak
ni ada maruah masing2.. Jangan jatuh kan air muka anak kita depan anak2
yg lain supaya mereka saling dapat syg menyayangi.. Hormat menghormati..
Sebab tu kadang2 saya di tanya..
"Anak saya ni makin besar dah makin xnak ikut kami pergi mana2 ustaz..budak2 sekarang.."
Bagi saya sama sahaja budak sekarang dan budak dulu.. Tapi bagaimana
cara kita mendidik dan suasana yg kita wuhudkan di rumah dan di tempat
dia belajar.. Anak2 hari ni lebih suka duduk dengan kawan2 mereka sebab
kawan2 lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa hargai
anak kita.. Kita lebih suka bercakap dengan talifon dan senyum pada
talifon berbanding senyum dan bercakap dengan anak2 kita.. YaAllah..
Ampuni kami.. Semua salah saya..
Saya pernah di kongsi satu orang pakcik dia suami kepada cikgu kimia
saya dulu cikgu Joned Badar.. Pakcik mus ada 11 orang anak lelaki.. Dan
semua berjaya macam2 profession..
MasyaAllah.. Masa kecik anak2 mereka ni kalau dtg raya habis rumah
orang dikerjakan.. Pecah sana pecah sini.. Tuan rumah berbulu je
tengok.. Tapi pakcik mus ni hanya senyum dan tegur2 biasa je.. Tapi
lepas balik rumah.. Pakcik mus akan bawa anak dia yg buat salah tadi
masuk kereta dan bawa pusing2 makn ais krim lepas habis makan dia akan
marah dan nasihat anak dia dalam kereta sorang2.. Bukan di hadapan anak2
yg lain.. MasyaAllah.. Banyak saya belajar dengan pakcik mus..
Kadang2 perasan tak.. Kita kata kat anak kita "ibu nak ahmad balik
sebelum pukul 6.30..!" Bila dia balik lewat kita marah mereka kita
tengking mereka kita pukul mereka.. Tapi ada masa dia balik lagi awal
daripda 6.30 kita lupa nak hargai mereka.. "Bagus anak ibu balik awal..
Anak soleh betul....
" Kadang2 kita kedekut nak puji anak kita.. Kita lebih suka lihat
kebaikan anak orang lain.. Puji anak orang lain berbanding kita puji
darah daging kita sendiri.. YaAllah ampuni kami.. Semua salah saya..
YaAllah tuahn kami..maafkan kami..kami bodoh.. Tak pandai jadi ibu
dan ayah.. Kami abaikan tanggungjawab kami untuk didik anak kami cara
sunnah.. Kami tak kenalkan mereka denganMu dan nabi saw... Maafkan kami
yaAllah kami lebih sibuk dengan dunia kami harta kami berbanding didik
anak2 kami jadi seperi sahabah rhum.. YaAllah ajarlah kami jadi ibu dan
ayah seperti sahabah RHum.. Wahai Allah tuhan kami.. Janganlah jadikan
anak2 kami sebagai pengahalang pda kami untuk masuk syurgaMu.. Amiiin...
Post a Comment