Dengan Hanya Guna Roti Canai, Rojak, Nasi Lemak.. Artwork Ini Dapat Dihasilkan. Power Gila Beb


seni


Seni ni luas dan boleh dibuat dengan pelbagai cara. Seni juga tidak terhad, apa yang anda rasa lakukan itu menarik dan unik, ia boleh dikategorikan sebagai seni. Kali ni kami nak kongsikan beberapa foto ‘lukisan’ muka masyarakat Malaysia pelbagai kaum. Tetapi ia nya bukan lukisan biasa tau.
Apa yang anda tengok di bawah nanti puas buat anda kagum! Kami pun dari tadi duk tengok macam mana diorang boleh buat artwork yang awesome macam ni. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kerja seni ialah dengan makanan-makanan signature Malaysia. Woww.. Macam mana tu?


1


Nampak macam banyak kerja kan? Tapi salute lah kepada siapa yang menghasilkan karya yang macam ni. Ternyata lain daripada yang lain. Apa yang anda nampak di atas ni adalah makanan rojak dan nasi lemak. Macam mana la diorang boleh menggubah jadi muka orang eh?


2
3
4


Wahh ni lagi satu yang menarik perhatian kami. Selain dari makanan, mereka juga menggunakan bahan minuman untuk menghasilkan karya seperti apa yang anda nampak di atas ni. Cuba teka minuman apa dari atas kiri tu?


Jawapannya Milo, yang tengah tu soya cincau dan akhir sekali sirap bandung.


5


Kuih-muih pun ada. Haishh, rasa macam nak makan pula tengok lama-lama. Makanan seperti kuih ketayap, kuih onde-onde dan spiral ear biskut juga digunkan untuk menghasilkan kerja yang unik ni.


6


Yang atas ni pun kami pasti anda tahu makanan apa yang digunakan kan? Bagi siapa yang tak tahu tu, yang belah kiri sekali tu kerepak jejari ibu (alah yang bentuk macam fries tu), di tengah adalah maruku dan hujung kanan sekali tu rempeyek. Power betul diorang ni.

Kalau ikutkan banyak lagi foto yang kami nak kongsikan dengan anda tapi terlalu banyak sangat. Tapi kalau korang nak tengok, korang boleh la search nama instagram diorang seperti yang kami dah sediakan di bawah ni. Enjoy!

Sumber: Instagram The Rojak Projek

No comments

Powered by Blogger.