Baru Berumur 2 Tahun, Dah Pandai Bawa Adik Lari Dari Rumah
Imej dari shanghaiist.com
Bukan mudah nak jaga anak-anak kecil ni, lagi-lagi bila mereka sebaya. Macam-macam ragam dan kerenah yang
Baru-baru ni kecoh di media sosial apabila tiga adik beradik tanpa pakaian ditemui merayau-rayau di tepi jalan.
Menurut
portal Shanghaiist, kanak-kanak yang tinggal di tingkat 6 di sebuah
pangsapuri Bandar Jiande, China mengambil masa 1 jam untuk keluar dari
rumah mereka.
Difahamkan, tiga beadik ini keluar ketika
ibu mereka sedang nyenyak tidur dan mula menyedari kehilangan mereka
selepas terjaga dari tidur jam 8 pagi.
Apa yang menarik
perhatian, kakak kepada dua kembar itu yang berusaha meloloskan diri
dari rumah dengan membawa bersama adik kembarnya .
Menurut seorang
penjaga kedai, mereka kelihatan seperti penguin yang comel ketika
merayau-rayau di tepi jalan dengan hanya memakai lampin sahaja.
Kejadian
ini menarik perhatian penduduk setempat dan ada di antara mereka
sanggup ingin memelihara 3 beradik ini sebagai anak angkat.
Bagaimanapun, tiga beradik ini telah selamat diserahkan kepada ibu kandung mereka.
Sumber: shanghaiist.com
Post a Comment