TERBONGKAR! Rupanya Inilah SEBAB Kenapa Lelaki Perlu WASPADA Dengan Wanita KELANTAN... AWAS!!
Sila waspada dan awas apabila berkawan dengan wanita dari Kelantan.
Kerana apa? Untuk itu anda perlu baca post ini dengan teliti dan penuh
ketenangan. Saya akan berikan lima alasan untuk anda terutama lelaki
supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila berkawan dengan
wanita yang berasal dari Kelantan, apatah lagi andai anda menjalinkan
hubungan serius dengannya.
Hoho .. Saya pernah berkawan dan bercinta dengan wanita atau gadis dari
Kelantan. Ketika itu, saya berada di tahun akhir pengajian di IPT.
Memang tidak disangkal, gadis dari Kelantan memang lawa-lawa dan cantik.
Kata kawan saya, gadis Kelantan dari Pasir Mas adalah yang paling
cantik. Kata dia lagi, kebanyakkannya; disebabkan oleh kahwin campur
dengan pedagang Arab satu ketika dahulu.

Kalau anda perhati betul-betul, itulah antara sebab ramai wanita dan
gadis Pasir Mas yang mempunyai hidung mancung dan kulit putih cerah,
serta mempunyai warna mata yang menawan iaitu berwarna coklat kebiruan
dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal,
seolah memakai celak. Kemudian, kulit dan tangan mereka nampak gebu dan
kelihatan lembut. Ma Sha Allah.
Mungkin ramai yang tahu, antara wanita atau gadis Kelantan yang cantik
ialah Neelofa, dan selebriti ini sememangnya berasal dari Pasir Mas.
5 Alasan Agar Berwaspada Apabila Berkawan Dengan Wanita Kelantan
Cantik-cantik, tapi awas! Berkawan dengan wanita dan gadis Kelantan
memang ada risiko. Sepertimana saya, bercinta bagai nak rak, tetapi
akhirnya putus cinta tak sampai pun setahun menjalinkan kemesraan .. sob
.. sob.... huwaaaaa ... uhuk..uhuk.
Ok, saya nak kongsikan sedikit info am yang mungkin tidak 100% benar,
namun kalau mengikut perkembangan dan pemerhatian semasa, mungkin ada
daripada anda yang akan bersetuju dengan lima alasan ini...
Elakkan Menipu Wanita Kelantan Dalam Hal Berniaga
Uhh .. Wanita Kelantan memang bijak berniaga. Tak perlu jenguk
jauh-jauh, anda pergi sahaja ke Pasar Khadijah. Di situ sudah nampak
bukti bahawa wanita Kelantan memang hebat dalam berniaga. Bukan setakat
berniaga kecil-kecilan, berniaga besar-besaran pun hebat. Tak percaya?
Lihat sahaja Neelofa, Datuk Sri Vida dan ramai lagi. Kalau anda didapati
menipu dalam bab berniaga ni, awas ... anda mungkin akan berhadapan
dengan masalah .... hehehe.

Mereka Sangat Menggoda
Walaupun mereka tidak berwatakan gelenya atau gatal, tetapi mereka
mempunyai penampilan yang cukup menggoda. Tak perlu nak tergedik-gedik
seperti sesetengah wanita dan gadis wanita Kelantan menerusi kecantikan
semulajadi sudah cukup untuk membuatkan lelaki tergoda. Malah, ada ramai
perempuan yang menjadikan wanita dan gadis Kelantan sebagai idola
mereka. Tak percaya? Lihat sahaja Neelofa. Huhuhu. Jadi, awas anda
mungkin mudah tergoda dengan mereka.

Sangat Berdikari
Ada masa saya akan menonton rancangan BersamaMu TV3, menerusi rancangan
itu. Setiap kali disiarkan kisah keluarga yang bermasalah terutamanya di
Kelantan, maka akan muncullah satu 'ikon' wanita yang sangat berdikari
dalam membantu keluarga. Wanita Kelantan juga terkenal dengan sikap
mereka yang rajin berusaha dalam mencapai sesuatu kejayaan. Mereka boleh
hidup dengan hebat tanpa bantuan lelaki. Tidak percaya? Anda lihat
sendiri pengasas produk Qu Puteh. Huhu. Jadi, awas lelaki mungkin tidak
penting dalam hidup wanita dan gadis dari Kelantan (dalam aspek untuk
sara kehidupan).

Manisnya Mulut dan Lembutnya Tutur Kata
"Aduh... sakitnya tuh di sini .. di dalam hatiku .." haha... tetiba
teringat kisah lampau ketika bercinta dengan gadis Kelantan. Yeap ...
memang benar, kebanyakkan wanita dan gadis dari Kelantan bermulut manis
dan lembut tutur kata. Mereka bijak menggunakan ayat sehingga membuatkan
ramai boleh cair dan terpikat, hatta bila berbicara di dalam loghat
Kelantan. Kalau tidak, masakan saya boleh jatuh hati ... kui kui kui
.... nak minta break pun, boleh menerima dengan lapang dada (ketika
itu) seadanya. Jadi, awas dengan bicara wanita Kelantan ... huhuhu ..
cubalah masuk ke gerai-gerai yang ada di Pasar Khadijah, dan anda akan
tahu apa maksud saya.
Berani
Wanita dan gadis dari Kelantan memang berani. Malah, kadangkala lebih
berani dari mana-mana lelaki ....hmmm pernah tengok video viral wanita
Kelantan bertumbuk dan berterajang tak? Ngeri tak? Uhh .. dalam
kelembutan seorang wanita dan gadis dari Kelantan, ada 'kekerasan',
kecekalan dan keberanian. Jangan main-main, anda mungkin jadi 'mangsa'
mereka. Lihat sahaja keberanian yang ada pada seorang pengasas produk
kecantikan yang popular di Malaysia, pengasas Qu Puteh .. lihat betapa
beraninya beliau sehingga berjaya mengecat Stadium Kelantan dengan warna
pilihannya ... malah, jersi pasukan bolasepak Kelantan pun dia ubah ...
fuh memang powerrrr!! Mereka juga berani mengambil peluang tanpa fikir
risiko dengan mendalam ...

Okeh ... amacam? Agak-agak relevan tak dengan apa yang saya kongsikan
ini dengan kewaspadaan yang perlu ada apabila berkawan dengan wanita dan
gadis dari Kelantan?
Cantik menawan tetapi awas ... mereka juga 'bahaya' ... hehe. Pendapat anda? Boleh komen di bawah.
Post a Comment