Viral Gambar Cebisan Ayat Al-Quran Bertaburan, Saksi BONGKAR Kejadian Sebenar!
Baru-baru ini di Yong peng Segamat telah berlaku 1 kejadian yang tak
disangka-sangka, cebisan ayat suci Al-Quran kelihatan berterbangan dan
bertaburan di jalan raya. Persoalannya siapakah dalang disebalik
kejadian ini? Siapa yang tergamak mengoyakkan Al-quran?

Guru-guru dan pelajar sekolah kebangsaan Labis serta orang ramai sedaya
upaya mengutip cebisan Al-Quran yang bertaburan. Antara saksi kejadian
Wahir Md Elah melihat cebisan itu kira-kira 12 tengah hari apabila
pulang ke tempat kerja selepas pergi ke sekolah anaknya.
"Saya terkejut melihat banyak cebisan kertas bertaburan di atas jalan raya dan apabila diperiksa ia adalah cebisan al- Quran.
"Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci itu sebelum dibantu orang ramai yang juga pengguna jalan berkenaan," katanya.
Mengikut dari percakapan kakitangan maybank ada saksi yang nampak sebuah kereta myvi berwarna putih melemparkan cebisan ini dari keretanya.


Kepada orang ramai mohon bertenang, harap jangan buat sebarang spekulasi, kita serahkan kepada polis untuk siasat kejadian ini.
Post a Comment