KEJAM! Ibu Bunuh Anak, Kerat 3 Sebelum Bertindak Bunuh Diri
PHOENIX - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita didakwa menikam dan mengerat
tiga anaknya sebelum bertindak membunuh diri, lapor DailyMail.
Octavia Rogers, 29, didakwa membunuh dan mengerat sebahagian tubuh
anaknya iaitu Jaikare Rahaman, 8, Yeremia Adams, 5, dan Avery Robinson,
dua bulan.
Menurut polis Phoenix, Sarjan Trent Crump, wanita itu membunuh anaknya sebelum menyumbatnya di dalam almari dan beg pakaian.
Wanita itu juga turut bertindak menikam diri sendiri di bahagian perut dan leher dan mendakwa dia sedang mengandung.
Dia kini sedang dirawat di hospital dan berada dalam keadaan kritikal.
Sementara itu, nenek kanak-kanak malang itu Tanella McCoy berkata,
Octavia merupakan seorang ibu yang baik dan dilihat tidak mempunyai
masalah dengan anak-anaknya.
"Saya tidak tahu apa yang dirasai ketika ini," katanya.
Sementara itu, abang mangsa berkata, dia yang pulang ke rumah kira-kira jam 2 pagi dan berbual dengan adiknya.
Octavia mula bercakap mengenai agama dan bagaimana dia mendapatkan jawapan sebelum bertindak menguncikan diri di dalam rumah.
Abangnya terpaksa memecah masuk rumah berkenaan dan mendapati wanita itu
berada di dalam bilik mandi dengan beberapa kesan tikaman.
Lelaki itu terus menelefon pihak berkuasa dan pergi mendapatkan tuala
bagi menghentikan pendarahan namun wanita itu cuba membunuh diri dengan
melemaskan diri di dalam tab mandi.
Octavia juga dilaporkan memberitahu abangnya dia mengandung dan pihak
berkuasa sedang mengenalpasti samada dakwaannya itu benar atau tidak.
Polis berkata, wanita memberitahu pegawai polis yang tiba ditempat kejadian anak-anaknya berada di tempat lain.
Namun, polis kemudian menjumpai dua daripada mayat kanak-kanak malang
itu diletakkan di dalam almari sementara seorang bayi disumbat ke dalam
beg pakaian.
Sumber Sinar Harian
Post a Comment