Ibu Bapa Lepas Kemarahan Di FB Selar Jenayah Seksual Lelaki Pedofilia Terhadap Kanak-Kanak
PETALING JAYA: Ibu bapa menggunakan laman Facebook bagi melepaskan
kemarahan mereka dengan mengutuk penjenayah seksual kanak-kanak, Richard
Huckle.
Ramai yang menyifatkan hukuman yang bakal dikenakan terhadap lelaki
pedofilia berusia 30 tahun itu tidak setimpal dengan segala tindakannya
terhadap kanak-kanak.
Wan Royaha Wan Hussein kecewa dengan keinginan Huckle yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa aktiviti tidak bermoralnya.
"Anda adalah seorang syaitan yang menyamar! Neraka untuk anda," kata ibu berkenaan.
Bridge Lai, ibu kepada dua anak kecewa dengan atas nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa Huckle.
Dia menyifatkan Huckle sebagai seorang yang licik untuk menipu ibu bapa dan kanak-kanak.
Sementara itu Ganes Thangasamy, bapa kepada dua orang anak hairan
mengapa maklumat lanjut tidak diberitakan kepada pihak berkuasa
Malaysia.
"Saya tertanya-tanya mengapa Australia tidak pernah memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia," kata beliau.
Serena Siew Ming Lye juga mempersoalkan mengapa polis Australia tidak bekerjasama secara langsung dengan polis Malaysia.
Sumber Mstar Online
Post a Comment