KEJAM! Ibu Bakar Anak Perempuan Hidup-Hidup, PUNCA Sebenar DIBONGKAR
LAHORE (Pakistan): Seorang ibu warga Pakistan membakar anak perempuannya
berusia 16 tahun hidup-hidup kerana mengahwini seorang lelaki pilihan
sendiri.
Dia kemudian bertindak keluar rumah sambil menjerit ke arah jiran-jiran
dengan memberitahu bahawa dia telah membunuh anaknya yang memalukan
mereka sekeluarga.

Menurut polis, mangsa, Zeenat Bibi, 16 dibakar oleh ibunya sendiri,
Perveen Bibi di Lahore selepas lebih seminggu remaja itu memperoleh kad
pengesahan perkahwinannya.
"Perveen Bibi telah membunuh anak perempuannya, Zeenat Bibi dengan membakarnya hidup-hidup pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) Rabu," kata seorang pegawai kanan polis, Haidar Ashraf kepada AFP.ARTIKEL MENARIK:- KEJAM! Suami Belasah Isteri Sampai Mati Kerana Disangka Curang Tapi Lepas Baca Diari Isteri, Dia MENYESAL SEUMUR HIDUP!
![]() |
| Mayat remaja perempuan yang dibakar hidup-hidup oleh ibunya sendiri dibawa keluar dari rumah mangsa menggunakan Ambulans. |
Tambah Haidar Ashraf, mangsa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Hasan Khan pada 29 Mei lalu.
Menurut keluarga mangsa, perbezaan etnik Khan dari etnik Pashtun
manakala Zeenat seorang Punjabi merupakan punca utama perkahwinan mereka
tidak direstui.


Post a Comment