BIKIN PANAS! SURAT TERBUKA Syed Saddiq, Pendebat Terbaik Asia Buat TMJ Yang Penuh MAKNA MENDALAM
Baru-baru ini PADAH Hina Kerabat Johor, Buruh Dijatuhkan Hukuman Penjara! setahun
selepas didakwa mengeluarkan komen berbentuk jelik dalam laman
sosial Facebook atas nama ‘Miyo Castello’ antara Mac hingga April dengan
niat untuk menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan
Ibrahim.

Melalui laman facebook, Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq membuat surat terbuka kepada Tunku Ismail berhubung perkara ini.

SURAT TERBUAKA- DYAM TMJ,
1. Patik cerap dengan prinsip Tunku yang memperjuangkan kebebasan
bersuara. Tunku telah buktikan berkali-kali kepada kami sekalian rakyat
bahawa kebebasan bersuara itu bukan hak milik mutlak golongan atasan
semata-mata.
Patik sangat menghormati Tunku atas segalanya yang telah Tunku
lakukan dan perjuangkan demi rakyat bumi ini. Terutama sekali
kelantangan Tunku bersuara bagi pihak kami menentang ketidakadilan.
2. Patik juga sedar bahawa Tunku telah pun meluahkan rasa tidak
setuju dengan tindakan Pihak Polis berkenaan isu ini. Kenyataan yang
dikeluarkan oleh Tunku berkenaan isu ini amat bermakna bagi patik-patik
sekalian terutama sekali rakyat Johor.
Dengan bangganya kami mampu pertahankan kemuliaan hati Tunku yang
tidak cepat melatah dengan sindiran dan ejekan di media sosial. Dengan
bangganya kami mampu mencontohi Tunku di media sosial dan tidak cepat
meradang dengan kutukan yang dilemparkan ke atas kerabat diraja kami.
Dengan bangganya kami mampu menjadi lebih matang selari dengan peredaran
zaman.
3. Terbaru Muhammad Ismail dikenakan hukuman penjara setahun oleh
Mahkamah sesyen selepas pengakuan beliau yang diadakan tanpa pembelaan
peguam. Patik tidak menafikan bahawa tindakan Muhammad Amirul bukanlah
satu tindakan yang wajar. Sendaannya mungkin melampaui batas. Namun,
kebebasan bersuara tidak sepatutnya disekat hanya kerana ianya dianggap
“menyakitkan hati”.
4. Sebagai bangsa Johor, Patik pohon perkenan Tunku untuk memaafkan
Muhammad Amirul dan melakukan segala apa yang terdaya untuk menjamin
kebebasannya. Sebagai contohnya memberi ampun atau melobi menentang
Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Media #AktaSakitHati.
Patik pohon perkenan Tunku untuk buktikan kepada Malaysia sekali lagi
bahawa Tunku ialah seorang pemimpin yang laksanakan apa yang dikatakan.
Patik pohon perkenan Tunku untuk sekali lagi menjadi contoh kepada
pemimpin-pemimpin Malaysia by being the bigger and better person.
5. Tunku telah menyelamatkan ramai rakyat Malaysia dengan bersuara
lantang menentang korupsi. Dengan penuh rasa rendah diri, patik pohon,
tolonglah selamatkan seorang lagi anak muda.
-Syed Saddiq-

Post a Comment