WOWW!! Rumah MEWAH Siti Sarah, Hadiah Dari Suami Sebagai Tanda Penghargaan... SWEET
Beberapa hari lalu, tindakan Shuib Sepahtu yang menghadiahkan isterinya
Siti Sarah sebuah kondominium sebagai tanda penghargaan kerana
melahirkan anak ketiga mereka cukup menarik perhatian ramai. Malah ada
yang melabelkan pasangan sweet.
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memberitahu dia menjadi kelu apabila
suaminya pelawak Shuib (Sepahtu) membuat kejutan dengan menghadiahkannya
sebuah kondominium berkembar sebagai tanda penghargaan kerana
melahirkan anak ketiga mereka Ariq Matin pada November tahun lalu.
Menurut Sarah, 32, dia pada dasarnya mengetahui mengenai rumah berkenaan
namun tidak menyangka rumah yang sudah siap diubah suai itu akan
dihadiahkan kepadanya.
"Kebiasaannya setiap kali saya melahirkan anak suami akan memberikan saya hadiah tetapi untuk anak ketiga ini, dia senyap sahaja.
"Tetapi saya memang tidak pernah menyangka untuk anak ketiga ini dia memberikan hadiah paling besar iaitu sebuah rumah.
"Alhamdulillah ini dikatakan berkat bulan Ramadan dan tiada kata dapat saya lafazkan kerana menjadi kelu dengan tindakannya itu," katanya.
Dalam pada itu, Sarah berkata, apabila suaminya memberitahu tentang
rumah berkenaan dia terkenangkan bagaimana Shuib pernah menitiskan air
mata ketika mereka mula-mula berpindah ke rumah sewa selepas berkahwin.
Kata Sarah, Shuib terkilan tidak dapat menyediakan keperluan lengkap
untuk dirinya memandangkan ketika itu karier seninya baharu sahaja
bermula.
"Jujurnya saya tidak pernah memandangnya kerana harta dan sebab itu saya langsung tidak kisah apabila suami tidak dapat menyediakan kelengkapan yang selesa untuk kami ketika awal perkahwinan dahulu.
"Tetapi tangisannya kerana tidak dapat memenuhkan ruang dalam rumah ketika itu membuatkan hati saya terusik dan tidak pernah meminta apa-apa daripadanya," ujarnya.
Sementara itu, Sarah berkata, Shuib seorang lelaki yang sangat
bertanggungjawab selain sentiasa memastikan keperluan keluarganya
didahulukan berbanding diri dia sendiri.
Malah kata Sarah, rumah berkenaan adalah bukti kerja keras suaminya itu
selama ini dalam memberi kehidupan selesa kepada mereka sekeluarga.
"Saya sebenarnya seorang wanita yang bertuah kerana mendapat seorang suami yang sentiasa bekerja keras demi keluarga.
"Insya-Allah kami akan berpindah pada Sabtu ini ke rumah baru dan dapatlah berhari raya di sana nanti," katanya.
Post a Comment