Sebab Pantun, Pilot ‘Jangan Kata Kapten Tak Payung’ Jadi Famous
Satu
rakaman suara seorang juruterbang pesawat AirAsia yang berpantun
sebelum memulakan perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur telah
menjadi viral selepas salah seorang penumpang AK700, Izwah Ibrahim
memuat naik klip audio itu di Facebooknya.
Pantun yang diselitkan semasa membuat pengumuman kedengaran begitu menghiburkan;
“Perut lapar mecari nasi,
Jangan dilupa sambal terung,
Maklumat penerbangan saya dah kongsi
Jangan cakap abang tak payung”
“Idea
berpantun itu sudah lama saya buat sejak kira-kira setahun lalu sebagai
tanda menghargai penumpang pesawat supaya mereka tidak bosan tetapi
tidak sangka pula pantun terbaru dibuat Sabtu lalu ‘jangan kau kata
kapten tak payung’ dan ‘mi dalam cawan’ menjadi viral sejak tiga hari
lalu.
“Saya anggap penumpang
itu tetamu yang datang ke rumah, jadi sudah tentu saya mahu memberi
layanan sebaiknya supaya mereka terhibur,” kata juruterbang AirAsia,
Kapten Shahirul ‘Alim Aminudin kepada Harian Metro.
Katanya
lagi, dia menggunakan pendekatan yang berbeza kerana mahu penumpang
berasa selesa, dialu-alukan dan sentiasa hargai walapun menaiki
pernerbangan tambag murah.
Sumber: Hmetro

Post a Comment