SADIS! Gadis Cantik Kongsi Kisah Sebenar Diculik Dan Dijadikan Hamba $eks Geng Bangladesh Selama 17 Hari
Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan dan situasi yang dialami apabila gadis cantik ini telah menjadi mangsa culik dan dirogol geng Bangladesh selama lebih 2 minggu. Berkongsi mengenai kisah hitam itu, mangsa yang dikenali sebagai Intan menceritakan kejadian yang berlaku.
“Saya tidak akan maafkan mereka sampai mati. Mana tidaknya, saya diperlakukan lebih teruk daripada binatang.
“Sepanjang dikurung (17 hari), saya dirogol sebanyak tiga kali dalam keadaan mata tertutup dan tangan diikat,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Intan, 20.
Intan dilaporkan ‘diculik’ di kawasan rumahnya di Taman Salak Selatan,
di sini, kira-kira jam 8 malam 12 Mac lalu oleh sekumpulan tiga lelaki
warga Bangladesh berusia lewat 20-an.
Dia yang berjaya dibebaskan dengan bantuan abang dan bapa saudaranya
serta pihak berkuasa pada 29 Mac lalu kemudiannya tampil membuat laporan
di Balai Polis Sri Petaling, pada keesokkan harinya 30 Mac.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang baru pulang dari rumah
rakannya di Cheras mendakwa melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada
di tangga kawasan perumahannya. “Mangsa yang tidak curiga dengan
kehadiran mereka menggunakan tangga berkenaan untuk naik ke rumahnya di
tingkat dua pangsapuri itu.
“Dua suspek kemudian menghampiri mangsa sebelum menekup mulutnya menggunakan sehelai kain menyebabkannya pengsan,” katanya.
Sumber itu berkata, kumpulan terbabit kemudian membawa mangsa ke sebuah
rumah di lokasi yang tidak diketahui dengan menaiki sebuah kereta.
“Ketika sedar, mangsa mendakwa dikurung di sebuah bilik selain melihat seorang lagi lelaki juga warga Bangladesh bersama dua suspek yang menculiknya itu,” katanya.
Menurutnya, sepanjang dikurung selama 17 hari, mangsa dilapor dirogol
seorang daripada suspek sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali.
“Setiap kali dirogol, mangsa mendakwa tangannya diikat manakala matanya ditutup dengan kain. Mangsa hanya mampu merayu dikasihani, namun rayuannya itu tidak diendahkan kumpulan terbabit,” katanya.
Katanya, selepas dikurung dan diperlakukan seperti hamba seks hampir 17
hari, mangsa akhirnya berjaya menggunakan telefon bimbit milik seorang
daripada suspek sebelum menghubungi abangnya.
“Disebabkan itu, kumpulan terbabit terpaksa melakukan rundingan dengan keluarga mangsa. Hasil rundingan itu, kumpulan terbabit akur untuk bertemu dengan abang dan bapa saudara mangsa di kawasan tapak projek di Jalan Kiara 9, Segambut Dalam kira-kira jam 8 pagi 29 Mac lalu,” katanya.
Sumber itu berkata, abang dan bapa saudara mangsa dilapor sudah
bekerjasama dengan pihak polis dan hasilnya semua suspek berjaya
diberkas selain mangsa diselamatkan.

Post a Comment