Peminat Neelofa Bertelagah Kerana Perubatan Islam, Ini Komen Panas Ustaz Harun Din Buat Pengkritik!
Beberapa hari lalu, pelakon popular Neelofa telah memuat naik satu video menunjukkan dia sedang dirawat oleh Ustaz Harun Din.
Bagaimanapun, video tersebut menimbulkan kontroversi hingga ratusan
komen menghujani ruangan komen posting ini. Peminat bertelagah apabila
ada yang mempertikaikan sentuhan di antara mereka berdua ketika rawatan
berlangsung.
Dek kerana itulah, ramai mempersoalkan tindakan dan niat Neelofa
memuatnaik video tersebut dan menyatakan rawatan tersebut tidak
memerlukan sentuhan manakala ada juga yang mahu video tersebut
diturunkan kerana tidak mahu menimbulkan pelbagai lagi persepsi negatif.
Tidak cukup dari itu, Ustaz Harun Din juga turut menjadi mangsa kritikan
kerana dikatakan perbuatan tersebut menimbulkan fitnah. Hebat
masing-masing melemparkan pandangan. Selain itu, ruangan komen gambar
itu juga dijadikan medan untuk membandingkan ilmu agama siapa yang lebih
handal.
Mahu puaskan hati semua orang susah juga. Namun melalui video-video lain
yang dimuatnaik oleh Neelofa, khas dari Ustaz Harun Din sendiri,
pendakwah tersebut sempat meninggalkan pesanan agar menjadi insan yang
bersih hatinya, bersangka baik sesama kita dan juga cara yang betul
menegur untuk memberikan nasihat iaitu dengan cara berdepan bukan dengan
menegur di sosial media.
Post a Comment