"Papa..'MAIN' LA DENGAN MIRA MACAM UNCLE ZAID BUAT DEKAT MAMA"!! Luluh Hati Suami BILA ANAK TONTON AKSI IBU BERSAMA RAKAN SENDIRI
Saya lihat dia semakin gemar membawa
handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat
handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir
macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak
seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti
dulu.
SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti
dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan
belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja.
Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya
minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan
patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup
walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.
SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan
doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri
saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang
bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej
diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya.
Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja.
Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca
isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang
berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora
dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam
mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan
saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Semasa saya bersarapan isteri saya siap
mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan
perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku.
Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu,
saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.
PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri
saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam
kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya,
takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri
saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak
saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya
sebelum saya sampai.
Saya perhatikan kereta tersebut
meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya
ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya
berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia
dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya
hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan
ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang
bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya
berbohong.
Saya kuatkan semangat ingin membongkar
apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke
sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta
dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa
jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari
sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya
lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti
membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil.
Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada
hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata
mencari kebenaran.
Saya menunggu di dalam kereta sampai
lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di
dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari
restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan
mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti.
Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka
kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang
gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar
akibat lampu yang saya pasang.
Saya mengambil keputusan untuk berjalan
menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan
mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta
saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang
kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan
enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak
disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat
merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.
Bagai nak luruh jantung saya berdebar,
amat terkejut bila mendapati mereka sedang #beras mara. Saya lihat mulut
mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu
menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka
pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di
tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.
HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu.
Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua
makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar
dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan
menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view
cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas
memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.
Dalam solat saya menangis dan berserah
kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh
isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak
saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya
yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya
sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.
Apabila terdengar bunyi kereta isteri
saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu
untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya
terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan
mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang
membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian,
perempuan lak nat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi
saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian
dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Dasar perempuan jala ng, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di
jalan tadi.
Malam itu saya biarkan isteri saya tidur
sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau
pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetu buhi.
Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk
menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya
membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil
itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua
kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.
Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan
untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD
menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya
berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan
adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki
yang lebih baik dari saya.
Dia menyangkal kata-kata saya dengan
mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan
lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan
kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia
berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti
biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat
bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa
kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.
Isteri saya terkejut dengan tindakan
saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya
saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu
perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa
marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas
kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar.
Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu
bahawa kami akan pulang ke kampung.
Alangkah gembiranya anak saya, dapat
berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak
melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya
seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan
dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak
sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia
seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak
seperti biasa.
Saya menjadi teramat sebak dan
mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan
papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa
nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk
dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.
Dalam perjalanan kami tidak banyak
berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang
selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis
bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya
hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang
tertawa kecil.
Sampai di rumah mertua saya, mereka
sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti
tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya
kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya
meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk
membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu,
itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat
kecurangannya.
Akhirnya bapa mertua saya bertanya,
apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang
hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya
bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan
kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri
saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya
ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata.
Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya
mengatakan bahawa isteri saya telah pun berz ina dengan disaksikan oleh
mata saya sendiri.
Mertua saya mengucap panjang. Mereka
terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan
sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu,
isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia
memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan
berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu
kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD
dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.
Mertua saya mengucap tidak henti-henti
setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah
rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #berm ain’ di hadapan mata
mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis
teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan
dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji
untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.
Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar
daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke
ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan
isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa
mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu
dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah da da#nya. Saya yang
menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup
television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat
tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki
saya.
Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan
terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak
akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja
dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak
dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan
isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas
perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak
saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan
lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan
orang-orang pejabat agama.
Selepas kejadian itu, saya tinggal
bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat
anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi
batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari
orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin
dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada
hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah
kepadanya.
Pada hari raya puasa yang lalu, saya
berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana
saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya
tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini
kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar
makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu. Biarlah, Allah
sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja
saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru
dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya
di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup
yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang
sebenar.


Post a Comment