Minta Sumbangkan Kipas Angin Untuk Pusat Jagaan, Permintaan Terakhir Ibu Tua Ini Sungguh Menyentuh Hati
Besarnya
pengorbanan seorang ibu daripada mengandung sehingga melahirkan kita,
tetapi masih ada juga anak-anak yang sanggup menghantar ibu bapa ke
rumah penjagaan orang tua dengan alasan tidak sempat menguruskan mereka
dan mereka tidak akan sunyi jika berada di sana.
Seorang ibu boleh menjaga sembilan anak, tapi sembilan anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Tulisan yang dikongsikan ini benar-benar menyentuh hati kami. Ayuh ambil iktibar daripada kisah ini, mudah-mudahkan sentiasa tersemat dalam jiwa kita semua bahawa ibu adalah segalanya.
Seorang ibu boleh menjaga sembilan anak, tapi sembilan anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Tulisan yang dikongsikan ini benar-benar menyentuh hati kami. Ayuh ambil iktibar daripada kisah ini, mudah-mudahkan sentiasa tersemat dalam jiwa kita semua bahawa ibu adalah segalanya.
Setelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar emaknya ke rumah orang tua. Atas kesibukan bekerja dia menziarahi emaknya dari satu waktu ke waktu yang lain mengikut waktu senggangnya.
Pada satu hari dia menerima panggilan dari pusat jagaan orang tua berkenaan memaklumkan ibunya dalam keadaan tenat. Dengan pantas dia datang untuk berada di samping emaknya pada saat terakhir itu.
Dia bertanya kepada emaknya. “Apakah yang emak ingin saya lakukan untuk mak? Cakaplah, saya akan lakukan apa saja.”
Emaknya menjawab, “aku mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini, kerana tidak punya kipas angin. Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana sering kali aku tertidur dalam keadaan lapar tidak makan.”
“Mak… kenapa pada saat seperti ini baru mak pesankan perkara ini?’ Anak itu bertanya kembali.
Emaknya memberi alasan, “tidak apa anakku, mak dah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan tidur dengan perut lapar.”
“Habis tu?”
“Cuma mak bimbang nanti saat anak-anak kamu menghantar kamu ke sini, kamu tidak dapat menyesuaikan diri di sini.”
Tulisan ini bukan cerita asal saya. Cuma saya edit dan olah sedikit. Semoga bermanfaat untuk kita. Bacalah dengan hati yang lembut supaya dapat melunturkan keras ego kita.
Bila kali akhir menelefon mak dan abah?
* Silakan kongsi, tak perlu minta izin saya. Semoga bermanfaat untuk semua yang kasih pada ayah dan bonda.Sumber: Sri Diah Shaharuddin
Share the post "Minta Sumbangkan Kipas Angin Untuk Pusat Jagaan, Permintaan Terakhir Ibu Tua Ini Sungguh Menyentuh Hati"
Post a Comment