MENJIJIKKAN! Pembantu Rumah Campur Air Kencing Dalam Susu Anak Majikan





Jika baru-baru ini tersebar satu (VIDEO) Aksi JIJIK Wanita Letak Air Kencing Dalam Jus Majikan Cetus Kemarahan Ramai!, kini seorang pembantu rumah di Singapura pula yang bertindak mencampurkan air kencing dalam susu anak majikan.
Berang ditengking oleh mertua majikannya, seorang pembantu rumah membalas dendam dengan mencampurkan air kencing ke dalam susu anak majikannya yang berusia 4 tahun.
Bukan itu sahaja, pembantu rumah, Ela, 27, yang berasal dari Indonesia itu juga turut mencampurkan najis ke dalam bekas air yang diminum oleh keluarga majikannya itu.

Bagaimanapun, perbuatan jijiknya itu terbongkar selepas majikannya apabila air yang diminumnya itu mempunyai rasa ganjil. Setelah disiasat, dia mendapati Ela mengambil bekas air dari bilik tidurnya dan mencucinya.
Ela kemudian dihantar semula ke agensi di mana dia akhirnya mengaku melakukan perbuatan yang menjijikan itu, sebelum dihantar kepada pihak polis.
Ela mengaku bahawa dia melakukan perbuatan jijik itu agar keluarga majikannya mendengar dan patuh kepadannya.
Akibatnya, Ela dipenjarakan selama 6 minggu atas tuduhan melakukan kerosakan.

No comments

Powered by Blogger.