"DUIT DERMA UNTUK KUCING PUN KAU NAK PAW ? "



Sungguh tidak disangka, seorang individu tergamak menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan menipu para pencinta kucing di media sosial.

Perkara itu didedahkan oleh Fatin Hanani di Facebooknya, yang mendakwa wanita terbabit meminta dia memulangkan wang RM500 yang kononnya telah didermakan. Namun individu yang menggunakan nama Shasha Nur Chinta Sha, sebenarnya telah menipu ramai orang.





"Pagi tadi saya terima mesej di WhatsApp dari seorang hamba Allah yang meminta refund RM500 yang dia telah bank in. Pada mulanya saya percaya tetapi mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena bila dia mula berkata yang keluarga dia tidak mahu membantunya. Malah dia juga dimaki hamun.

"Saya rasa dia hanya cuba mengada-adakan cerita. Jadi saya terus pergi ke ATM, print penyata ringkas dan mendapati tiada sebarang transaksi RM500 yang masuk ke dalam akaun.

"Saya memaklumkan pada dia bahawa tiada sebarang transaksi RM500. Jadi saya minta bukti yang lain dari dia tetapi dia pula menuduh saya menipu. Bila saya tanya medium apa yang dia gunakan, dia terus block saya," katanya.


















Difahamkan, Fatin sebelum ini meminta sumbangan/bantuan orang ramai untuk merawat kucing jalanan yang cedera akibat kemalangan. Bagaimanapun, kucing itu telah mati tanpa sempat menerima sebarang rawatan.

Jelas Fatin, dia menerima RM1,040 hasil sumbangan dari orang ramai. Oleh kerana tidak berkesempatan menyelamatkan kucing malang itu, dia telah memulangkan sebahagian wang derma itu kepada penderma dan bakinya diberikan kepada sebuah pusat perlindungan kucing,

Shelter Kasseh JB. - 

No comments

Powered by Blogger.