Anak Mat Saleh Ini Menangis Dalam Flight, Apa Yang Ustazah Ini Buat Sangat Mengejutkan Ibu Bapanya!!!
Semalam saya selamat mendarat pada pukul 11.36 pm di KLIA2. Selepas menuntut bagasi, kiranya saya ingin menulis di sini berkongsi satu kejadian yang memberi ibrah pada saya di dalam pesawat tapi apakan daya, bateri telah pun habis.
Seat 33K. Saya duduk di tepi tingkap kapal.
Kemudian dua seat di sebelah kosong. Usai beberapa minit, “Sit here my boy. ”
Seorang anak lelaki mat salleh tubuhnya kecil, duduk di sebelah tengah
seat. Dan di hujung seat lagi ibunya. Kemudian di seat bahagian hadapan
pula suaminya. Saya kira usia anak kecil itu dalam lingkungan 3 atau 4
tahun. Wallahualam. Orang masih lalu lalang masuk pesawat. Perbualan
demi perbualan saya dengar dari si ibu dan si anak. Gelak tawanya, Masya
Allah! Allahurabbi! Comel bak hang.
Selesai saja pramugari menunjukkan tips keselamatan sekiranya berlaku
sebarang kecemasan, kapal mula bergerak dan bergerak. Anak kecil di
sebelah saya tergelak riang. Sebab suka kapal bergerak. Dia ingat game
agaknya.
” Mumy ! Dady ! We are flying ! ”
Berulang kali dia sebut nak fly nak fly hahaha
And finally ! Bila pengumuman dari depan mengatakan lampu akan
dipadamkan. Kerana dah nak berlepas. Gelap!!! Seluruh gelap!!! Dari seat
depan sehingga belakang sekali. Kanan dan kiri juga gelap! Semuanya
gelap.
Habis menangis gila memberontak budak mat salleh di sebelah saya.
” No light inside. No light inside. ”
Wuwuwuwuwuwu…. sambil menangis kuat.
Pertama saya tergelak sebab terasa comel budak speaking b.i pastu
membebel takda lampu hahaha… Tadi kemain fly bagai. Hilang lampu tahu
pula takut.
Ketinggian semakin bertambah. Suara budak kecik tu makin kuat. Saya rasa
siapa flight bersama saya semalam memang akan stress hahahaha. Semua
orang intai-intai si ibu dan ayah budak tu.
Ibu memujuk tapi tak dapat. Si ayah pula memujuk. Masih sama. Menangis
kuat gila. Sambil duk ulang perkataan no light inside ! No light inside !
No light inside ! Hahahaa.
Tak tahu nak marah ke nak gelak. Nak marah terasa comel pulak. Nak gelak
kasihan pulak. Tapi saya tetap pandang cermin ke tepi dan gelak
senyap-senyap hahahahaha. Kemain tadi nak fly. Haaa ni nak fly nangis.
Haaaa tahu takut ? Hahahahha. Ok saya tahu saya jahat.
Bila kapal sudah sedikit stabil berada di atas. Si ayah membawa budak
kecik tu ke toilet. Lampu masih tak dibuka. Fuhhhhh !!! You know ? Budak
tu jerit dari seat depan sampailah masuk toilet masih terngiang-ngiang
teriakannya.
No light inside !
No light inside !
No light inside !
Stress juga penumpang lain hahaha. Saya banyak-banyakkan istigfar
sepanjang fly. Risau jadi stress. Tapi just cool je. Dah lah sebelah
aku. Hahha. Eh aku pulak.
After keluar toilet budak tu masih nangis.
Kini giliran si ibu pulak memujuk. Saya cuba bantu si ibu. Saya
pasangkan lampu yang selalu digunakan untuk ‘reading’ di bahagian atas
seat. Saya pasang 3 butang. Dan yang bercahaya hanyalah di seat saya,
seat budak kecik omey tu dan ibunya. Again, teriakannya dah makin kuat.
Pehhhhh! Saya rasa telinga saya ada tanda-tanda nak pekak dah hahahaha.
Wallahi tak tipu. Sangat kuat.
Dia tetap taknak lampu reading. Dia nak semua light dinyalakan. Hahaha.
Adoyyyy.. Anyway, Saya kagum dengan pasangan suami isteri mat salleh tu,
mereka tidak tengking-tengking malah sentiasa pujuk lembut. Masya
Allah.
And lastly, saya teringat kejadian yang hampir sama. Ketika saya menaiki
tren dari kL sentral hendak ke Batu Caves. Ibu di seat sebelah bersama
anak kecik. Anak kecik menangis. Saya try pujuk dan dukung anak kecik
itu. Ubun-ubunnya saya selawat ke atas baginda. Saya niatkan apa yang
patut diniatkan. Saya tiup 3 kali. Dan sungguh ibu itu terkejut melihat
saya. Anaknya tidak lagi menangis. Subhanallah.
Tapi apa yang berlaku dalam flight semalam, mereka bukan islam. Saya tak
tahu nak buat apa, nak baca apa, nak pujuk bagaimana. Nak bantu
bagaimana. Kesian penumpang lain berasa terganggu. Dengan rasa tawakal.
Saya meminta izin kepada si ibu.
” Let me try. ”
Agak serba salah si ibu. Saya peluk budak mat salleh tu. Saya dakap
sungguh-sungguh. Seolah memeluk adik kandung sendiri. Dia masih
menangis. Tapi teriakannya sudah tidak ada. Sempat saya bermonolog dalam
hati,
” Ya Allah. Ya Rahman. Engkau Yang Maha memegang hati-hati manusia. Ya
Allah. Aku tak tahu syafaat nabi sampai ke tak ke atas anak ini. Ya
Allah aku tak tahu aku nak buat apa. Bantu aku ya Allah. ”
Dalam keadaan tawakal. Saya lafazkan dengan penuh sungguh. Allahumma
Solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad.
Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Berbuih-buih mulut saya selawat
ke atas ubun-ubunnya. Sambil saya selawat sambil saya usap. Kemudian
sesekali saya tiupkan.
Hampir 5 minit saya bacakan. kemudian terlena anak kecil itu di dada saya. Masya Allah. Ya Allah. Maha Besar Allah..Subhanallah.
Terkejut mat salleh tu pandang saya. Si ayah terus berdiri di seat
hadapan. Sebab hairan sudah hilang suara tangisan. Bertambah pelik
lelaki mat salleh tu sebab anak kecik tu terlelap tempat saya.
” Wooooo amazing. Oh my god!!! ”
Berulang-ulang si ibu lafaz oh my god !
Hahaha.. pengalaman yang takkan saya lupakan.
Ya Mujib. Sungguhlah Engkau Yang Memegang hati-hati manusia Ya Allah.
Kami tak berdaya, Engkau Yang Maha berdaya. Engkau Maha Esa. Engkau Maha
Tunggal. Dan Engkau Ya Allah Maha mengetahui apa yang kami tidak
ketahui.
Bismillahirahmannirahim..
Alhamdulillahi robbil’ alamin, wassolatu wassalamu’ ala khotimunnabiyyin
walmursalin, sayyidina muhammad wa ala’ alihi wasohbihi wattaabi’in wa
man tabi’ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba’d.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi kerana Allah. Sentiasalah
amalkan selawat ke ubun-ubun anak kecil. Ini apa yang ibu ayah saya
amalkan kepada saya selaku anak sulung sampailah adik bongsu kami.
Sentiasalah beringat, setiap kalimah yang dianjurkan dalam islam itu
sendiri pasti ada fungsinya tersendiri. Yang penting adalah yakin kepada
Allah SWT. Insya Allah.
Wallahualam
Post a Comment