ASTAGHFIRULLAHAL'ADZIM!!! Apabila Jasad Tidak Diterima Bumi
Sesungguhnya tiada yang berkuasa di bumi ini melainkan Allah S.W.T.
Setiap apa yang berlaku adalah sebagai peringatan yang ditunjukkan Allah
kepada umatnya untuk tidak alpa dan terus melakukan kemungkaran di atas
muka bumi.
Kisah kali ini mengisahkan seorang jenazah wanita yang melalui detik menyeramkan ketika mayatnya hendak dikebumikan.
Ikuti kisah selanjutnya:-
Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu
Urib, Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk
menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17
tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997
dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran
ingin berkongsi pengalaman menarik ketika menetapa di Mekah, Ustaz
Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan
wartawan Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti
Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan
menjerit jerit menyebabkan tumpuan saya yang ketika itu sedang solat,
terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga
tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat
dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu
tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan
perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang,
orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg
tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.
“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat
anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari
sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri
dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke
kawasan kuburan itu yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari rumah
sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan
perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam
kabut.
Saya berjalan menghampiri penjaga kubur, Ahmed berbangsa Afrika.
Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai
yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di
tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam
liang.
“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya
menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular
besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang
panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja
sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed
mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti
hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya.
Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk
warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila
kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan
mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang
apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah
jenazah yang diletakkan di atas pengusung.
“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelan,” doa saya. Hati bertambah
bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan
sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri.
“Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar,
mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga
jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata
Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada yang
terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka
terus menutup semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah lagi
kubur, lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahan dia
menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.
Di Mekah kedaan kuburnya yang berlainan dengan di Malaysia. Disana
lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai.
Dan disimen dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia
ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau batu. Setahun kemudian
kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya
satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh
memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam
lubang itu jika jenazah yang ditanam setahun lalu sudah tiada ataupun
hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk
memberi ruang pada jenazah baru.
Ahmad membuka lubang tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka
sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg sama terpacul lagi ditengah
tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari
lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedung
pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada
abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi
sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan
solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia
boleh berada di dalam lubang kubur itu.
“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya
membantu. Ahmed beralih pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu
sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai
tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok.
Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang
terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat
penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang
telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang
kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil
tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya
menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur
hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi
ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya
tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke
dalam kubur untuk mengumpul tulang tulang itu dan diletakkan di sudut,
kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.
Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita
tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan
kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit. Dua orang kawannya yg
memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera
jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat
memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa
yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.
“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti
ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung
memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak
keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya
tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya
sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa
yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang
yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.
“Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed
mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa
tak dikebumikan saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya
begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah
sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki
satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar
sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan.
Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.
Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan
kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan
Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa
dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil
ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan
pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir
kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami.
Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya.
Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat
di Hospital Aziziah. Ia memang seorang yang rajin, taat, cantik dan
lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma,
pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya
yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung
mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia
sering menggunakannya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan.
Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia
25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia
menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi.
Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.
Namun hari tidak selalu panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di
tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu
diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu
menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja.
Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia
kan bercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya
menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana
hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah
s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda:
“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan
kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka
membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya
daripada air kencing.”
Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat siksa kubur
yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur,
tentunya lebih azab lagi.
Post a Comment